http://www.glitter-graphics.com/graphics/315269

Saturday 31 December 2011

i will left everything


esok dah nak masuk tahun baru.
Aishah nak tinggalkan semua kenangan untuk tahun 2011.
terlalu banyak kenangan yang Aishah mesti dan patut lupakan...
Aishah tak nak peristiwa dulu berulan kembali...
biar la ianya menjadi memory dalam kenangan Aishah...
tahun 2011 akan melabuhkan tirai dalam beberapa jam lagi...
selamat tinggal 2011


okey...azam tahun baru Aishah banyak...
tahun ini Aishah kena struggle...
Aishah dah nak SPM.
Aishah harap sangat-sangat Aishah dapat straight A...
Aishah nak buktikan pada semua orang yang Aishah tak bodoh...
orang lain tak boleh nak pijak kepala Aishah...
Aishah juga nak mulakan hidup baru...
banyak tau azam Aishah...
okey-okey-okey.,,
nanti Aishah list..
korang baca la kat bawah ni...
1) Aishah nak belajar bersungguh-sungguh untuk dapat straight A dalam SPM. Aishah tak nak SPM dua kali dalam hidup Aishah.
2)Aishah tak nak tinggal solat. Aishah nak dekatkan diri dengan Allah.lebih dekat lebih senang Aishah tenangkan diri.
3)Aishah tak nak terlibat lagi dengan cinta bodoh!!! ianya buat Aishah menjadi sang perindu yang setia hingga kini..
4)Aishah nak ubah sikap baran Aishah. Aishah dah tak nak garang-garang lagi.Kesian kawan-kawan Aishah especially Balqis yang kena tengking kat Aishah tahun ni.
5)Aishah nak berubah jadi orang yang lebih pendiam.Aishah nak kurus.Aishah nak kurangkan makan...Aishah dah obesiti...

banyakkan?hahaha
tak apa la banyak pun...
itu azam Aishah...
Aishah jugak nak lupakan si DIA...
insyaallah Aishah boleh...
buat masa sekarang,Aishah nak concentrate pada pelajaran dulu.
nak SPM kan...
Aishah tak nak masa depan Aishah hancur...
Aishah nak teruskan hidup AIshah...
belajar erti kehidupan...
Aishah nak semua kenangan yang pahit mahupun manis Aishah nak lupakan...
bagi Aishah tahun 2011 paling banyak kenangan pahit.
banyak kenangan pahit untuk tahun ni bagi Aishah.

first,Aishah kena berpisah dengan BFF Aishah iaitu Oshin, and others.
second, Aishah jatuh cinta dengan someone. dan AIshah jatuh cinta di tempat yang salah orang.
third,Aishah tak boleh................
okey lupakan...
sekarang kita maju ke hadapan...
pandang ke hadapan...
azam baru,kehidupan baru akan ubah segalanya...
insyaallah dengan izin Allah...
amin...


Friday 30 December 2011

Aishah rindukan Dia


Aishah tak tahu nak cakap apa...
Aishah betul-betul sedih sekarang ni...
Aishah betul-betul rindukan Dia...
rindu yang teramat sangat...
hanya Allah saja yang tahu...
kalau Mirah tak sebut nama dia tadi,mungkin Aishah tak sedih macam ni...
Aishah rindu sangat-sangat kat dia...
tak tahu kenapa Aishah emo sangat malam ni...
jujur Aishah cakap,Aishah tak dapat nak lupakan dia...
bukan suatu yang mudah...
Ya Allah...
Aishah rindukan sangat-sangat kat dia...
tak tahu macam mana Aishah nak cakap...
jujur Aishah cakap,walaupun hubungan kami sudah lama berakhir,
tapi jauh di sudut hati Aishah,
Aishah masih cinta dan sayangkan dia...
terlalu sayangkan dia...
dia orang pertama yang ketuk pintu hati Aishah...
Aishah rindukan dia.

kalau Aishah masukkan gambar Aishah sekarang,
macam ni la Aishah.
sedang menitiskan air mata... :'(



dan Aishah menangis lagi...




Aishah dah tak tahu nak cakap macam mana...
hanya doa Aishah untuknya selalu meniti di bibir Aishah...
sesungguhnya,AIshah tak dapat nak lupakan dia...
dah banyak kali Aishah cuba,
tapi Aishah tak boleh...
tak boleh nak lupakan dia...
Aishah pun tak tahu kenapa hubungan Aishah dengan dia ending macam ni...
alangkah bagusnya kalau la dia tahu yang Aishah masih sayang dan cintakan dia...
betul kata Ariff yang Aishah tak akan dapat lupakan dia.
hal ini dah berlalu hampir dua tahun.
tapi Aishah masih belum boleh nak lupakan dia...
makin Aishah cuba,makin tak boleh...
bila AIshah dah lupa,ada orang yang tolong ingatkan balik...
walaupun ada yang dah dapat gantikan dia dalam hati Aishah,
tapi hati Aishah masih tak dapat nak buang dia.
Hati Aishah tak mampu nak buang dia.
dia pernah miliki hati Aishah.
dan dia pernah bahagiakan Aishah walaupun ia hanya sekejap.

Ya Allah jikalau ini yang terpaksa aku tempuh di zaman remaja aku,
aku redha dengan takdir ketentuan mu Ya Allah...
jikalau dia bukan jodoh aku,
hapuskan la kasih dan cinta yang masih bersisa di hati aku.
amin.
amin ya rabbalalamin...

Friday 23 December 2011

banyak ENRTY today :P


korang tahu tak, hari ini banyak hal yang berlaku pada Aishah...
ada yang happy, ada yang lucu, ada yang marah...
macam-macam...
okey, ni Aishah storykan yang mula-mula...

*dalam lingkungan 8pagi.ni mood nak marah. kasi warna merah sikit. hua-hua-hua...
amacam? garang tak? hehehe..
muka Aishah tak macam tu la tadi.
muka Aishah lagi garang sampaikan maa Aishah pun tak berani na tegur Aishah pagi tadi...
Aishah garang tau.
dulu sampai sekarang, Aishah DILABELKAN BUDAK SINGA oleh kawan-kawan...
okey, Aishah teruskan story...
okey, hari ni Aishah terlewat bangun.
puku 8 pagi baru bangun...
sah-sah subuh Aishah terlepas...
hehehehe...
Aishah bukan sengaja nak lepaskan, tapi Aishah tak terjaga...
dah beberapa malam ni Aishah tak boleh tidur.
antara pukul 2 hingga 4 pagi baru Aishah boleh tidur.
jadi logik la kalau Aishah terlewat bangun...
lepas tu handfone pulak habis batery.
aishah lupa nak charge semalam..
jadi alarm tak bunyi la...
pagi ni Aishah ada tuisyen...
jadi, memandangkan dah lewat Aishah suruh la abang long Aishah yang tolong hantarkan.

"Long, tolong hantar aku pergi tuisyen. dah tak sempat nak tunggu bas ni..." kata Aishah pada abang long Aishah yang tengah sibuk tonton Selamat Pagi Malaysia. masa tu dah sharp pukul 8 pagi. Aishah masih belum mandi. dengan tuala kat leher, abang long Aishah ketawakan Aishah. biasa la baru bangun tidur, hehehe...

"dah tu, tunggu apa lagi? pergi la mandi..." kata abang long Aishah. AIshah apa lagi, happy la. nasib baik selamat duit aku nak tambang bas. Aishah kata macam tu kat dalam hati.

Aishah then pergi mandi dan siap semua. time nak makan, tengok bawah saji, maa cakap ayah tak beli makanan pagi ni. tu satu yang Aishah hot. Azira kawan Aishah hantar SMS kat Aishah. dia cakap, dia terlepas bas. so AIshah cakap, datang rumah AIshah la sebab abang long aishah nak hantar. jadi dia pun datang...
jam di dinding dah bunyi toink toink locengnya menandakan 
dah pukul 8;30 pagi.
Abang long Aishah pun cakap,
"pergi ambil anak kunci kereta dengan abang ngah..." kata abang long Aishah.
AIshah pun pergi la bilik abang ngah Aishah.
"ngah oh ngah. adik nak kunci kereta..." kata aku. lebih seratus kali aku ulang ayat tu. tapi abang aku tak buka pun pintu bilik.
aku ni dah makin hot.
aku pun cakap balik kat abang long aku.
"long, tak payah hantar la! si gila tak buka pintu bilik. bia adik pergi dengan bas je lah!" kata aku. roti yang ada di mulut ni dah aku ludahkan.
abang long pun senyap, dia kemudian bagi duit kat aku rm5 buat tambang bas.
kawan aku Azira tu senyap...
tak berkata apa-apa...
takut sebab aku mengamuk kot pagi-pagi ni...
nasib baik betul, keluar saja dari rumah
 bas cityliner pun datang...
syukur...
then, aku pun pergi tuisyen...
sampai kat tuisyen, cikgu kimia dah sampai...
tapi nasib baik tak masuk kelas lagi...
kira aku selamat la...
tu satu, buat aku mengamuk a.k.a hot hari ni...
yang secong pulak, aku tunggu bas
macam tunggu orang pergi buat bas!!!
punya la lama...
korang nak tahu berapa jam aku tunggu bas hari ni?
2 jam 30 minit!
macam orang bodoh kat stesen bas tu!
dari pukul 12.30-3.00 petang!
bas tak muncul-muncul!
sakit hati betul!
tahu la hari ini hari Jumaat,orang pergi solat.
tapi takkan sampai berjam-jam!
tak logik la!
okey, lepas tu time dia sampai pukul 3,sepatutnya passenger dia dah penuh dalam bas, dia kena pergi...
tapi dia tak pergi!
setengah jam pulak Aishah dan Azira kat dalam bas!
Aku ni dah KERANG punggung!!!
aku pun cakap,
"ooii pak cik! dah la datang lambat! pas tu nak gerak pun lambat lagi ke? kalau dari tadi pak cik datang sempat lagi saya mencium jenazah!" senyap satu bas.lepas tu baru dia gerak...
korang faham-faham aaa mulut aku...
laser...
laser pun bertempat okey?
orang tak buat hal dengan aku, aku tak buat hal dengan orang!
okey, tutup cerita tu. kita cerita yang lucu pulak.

*dalam tengah hari,dekat stesen bas.mood malu dowh...
haa...time aku sedang tunggu bas, ada satu babak.
babak lucu + malu.

macam tu la aku malu tadi...
macam ni, ada sorang mak cik ni. dia pelik sangat.
dia cakap kat aku nak pergi Jalan Langgar.
kalau nak pergi sana kena naik bas number 23.
tapi tadi bas no 3.
bas tu ke Bachok.
mak cik tu pun pergi kat bas tu dan nak naik.
korangkan tahu aku ni mudah kesiankan orang especially orang tua.
then aku laung kat mak cik tu,
"mak cik!!! bas tu pergi ke Bachok!!! bukan Jalan Langgar!!!"
habis orang kat situ pandang kat aku.
aku cakap balik.
"apa pandang-pandang??? ada hutang ke???" kurang ajarkan aku?
hikhikhik.
dia orang kemudian pandang ke arah lain...
yang satu lagi mak cik tu susah faham.
aku dengan sorang kakak ni terangkan dia..
"mak cik, bas yang mak cik naik tu bukan kat sini. dia kat flatform kat sana..."
korang nak tahu apa mak cik balas apa kat aku dengan sorang kakak ni?
dia marah kami...
sah-sah mak cik ni tak betul...

okey,sampai situ saja entry...
daaaaaaaaa

Monday 19 December 2011

pergi berubat hati...

ASSALAMUALAIKUM....
korang nak tahu pada  15 dan 16 Disember 2011 aku pergi mana???
korang mesti tak tahu sebab aku belum cakap lagi...hak9
aku pergi CERANA RESORT yang dekat-dekat dengan area Bachok gi tu...
nak tahu aku pergi dengan siapa?
hmmmm....
of course la dengan cousin aku ni... nama dia Ainun...kami sangat rapat tau.
dia dengan aku boleh tahan la tahap GELENYA...
hehehe... tapi lebih dia sikit kot.
sebab aku sekarang dah memang tak ada feel langsung pada makhluk Allah yang bernama LELAKI...
jujur aku cakap, aku dah tawar hati...
pintu hati aku dah tertutup rapat....
terima kasih Ya Allah kerana memakbulkan permintaan aku...
kerana sudah buang rasa cinta dan sayangku terhadap lelaki (bukan ayah dan abang-abang aku)...
aku bersyukur sangat-sangat...
actually aku kesana sebenarnya ada Kursus Beliawati Puteri UMNO...
ayah dan bapa saudara aku orang kuat UMNO...
jadi dia pilih aku dengan Ainun pergi ke sana...
aku ni boleh di katakan sambil menyelam minum air la...
dapat release tension...
dapat teman satu bilik pun okey2 jugak..kakak2 pulak tu...
sporting habis...
ini aku kenalkan ahli bilik aku....


dari kiri tu ::: aku, Kak Ngoh, Kak Tikah, Kak Na, Kak Sue and the last cousin aku, Ainun...
pic tu aku ambil hari last sebelum balik. 
hari Jumaat.
first day tu happy semacam je.. dengar ceramah.
tapi aku tak kisah pun.
aku nak hilangkan semua beban yang ada di dalam kepala aku.
talifon aku OFFkan... tak nak terima sebarang panggilan lebih-lebih lagi dari orang yang aku cintai...
sebelah petang aku termenung di belakang chalet.
melihat sungai yang tenang.
cousin aku yang snap pic ni....
termenung jauhkan??? hmmm....
macam tu la hari-hari aku termenung kat rumah...
memandang ke langit dari jendela...
hmmmm...sedihkan???
hmmmm...
ni cousin aku yang pergi sekali dengan aku...

cantik tak area tu???belakang sungai...
kesian aku...kena lentokkan body aku macam tu...
cousin aku tu pendek...
nak sama tinggi la katakan...
korang tahu tak? tinggi aku 170CM...hehehe
jangan dengki ya???
kak ngoh dengan aku.
nak tunggu ayam masak. hehehe...BBQ la katakan...
hehehe...aku berkarokae....
hehehe...dah buang tudung....
jangan marah ek???
aku pun hidup bebas jugak...tak ada sesiapa nak halang...
tengah having BBQ...buat masuk dalam bilik.hehehe
bajet ter...
muka aku cantik tak???
cousin aku tu ape sal?lihat aku?cantik ke?
hahahaha.... ni nak pergi senamrobik..
pagi2..
main twisted truth or dare....
barang-barang aku...dah nak kemaskan???
dah nak balik la ni...
tunggu supir datang jemput.
hik9...
and the last is, perasaan aku sangat bahagia....
korang nak tahu kenapa???
sebab aku dah boleh lupakan kisah dan kasih cinta aku...
semuanya sudah aku buang di dalam sungai tepi chalet...
sudah di bawa arus air.

alhamdulillah...
syukur aku kepada ALLAH SWT...
aku akan teruskan perjuangan aku mengejar cita-cita...
cinta, biar la masa yang menentukannya...
akhir kata, thanks ya sudi membacanya...

daaaaaa





Tuesday 13 December 2011

i can't live without them

ASSALAMUALAIKUM...

hmmm...
korang nak tahu tak kenapa tajuk aku macam tu hari ni???
kita hidup an mesti ada someone yang kita sayang an???
aku pun ada orang yang aku sayang...
JUJUR aku cakap, aku memang tak boleh hidup tanpa mereka..
first an sudah tentu maa dan ayah aku...
korang tahu tak?
last year masa aku duk kat ostel,aku jadi HOMESICKS girl...
tiap2 minggu aku balik.
habis alasan aku bagi kat warden...
last-last lompat pagar asrama, dan chou... hehehe...
nakal kan aku? alah biasa la...
kalau boys boleh buat, aku girl pun boleh buat jugak...

*** maa
:nama penuh Che Nisah...semua kawan aku panggil maa aku Maa.
NO mak cik2.
-------------------------------->>>>>>>
----------------------------------------------->>>>>>>
then ayah aku....
:kawan aku panggil ayah
NO pakcik2 
<<<<<<-----------------------
<<<<<<<-------------------------------------------------------------



aku memang tak boleh hidup tanpa mereka...
dulu masa ayah pergi buat umrah pun aku dah menangis...
maa demam pun aku nangis...
korang tahu kenapa???
aku sayangkan maa dan ayah aku...
aku tak dapat bayangkan bagaimana kalau maa dan ayah tak ada nanti...
mesti aku jadi gila...
aku hidup ni pun sebab semangat yang maa dan ayah...
mereka support aku...
nak lihat aku berjaya...
kini aku sudah melihat cahaya kegembiraan di mata maa dan ayah...
aku akan bahagiakan maa dan ayah aku sebelum mereka tutupkan mata mereka...
aku akan ubah nasib keluarga aku...
suatu hari nanti,aku akan pastikan semua orang hormatkan keluarga aku yang selama ini di hina dan di ejek...
tak apa...
Allah tu hanya satu. jadi tak perlu aku gopoh-gapah...
nanti Allah akan balas...
kasih aku pada maa dan ayah tak akan luak hingga aku mati.
kalau boleh, aku mahu tukar nyawa aku dengan maa dan ayah..
mereka dah banyak berjasa.
hidup keluarga aku amat daif...
maa terpaksa jual barang kemas yang ada untuk tanggung aku dan abang-abang sekeluarga untuk bersekolah...
time tu, ayah aku terlantar sakit...
berbulan-bulan...
tapi alhamdulillah...lepas sakit tu, family aku di limpahkan rezeki...
rumah ayah baiki...
jadi besar dan selesa untuk tinggal...
rezeki aku untuk dapat 8A dalam PMR pun tercapai...

Alhamdulillah...syukur kepada Allah SWT...
semakin hari apa yang aku doakan Allah makbulkan...
aduh... panjangnya aku story pasal maa dan ayah...
sampai meleleh air mata aku mengingatkan peristiwa dulu...

okey then family aku...
HAA...KAT BAWAH NI GAMBAR ABANG-ABANG AKU. AKU SORANG JE TAU GIRL...HEHEHE...
YANG LAIN BOYS....
AL-MAKLUM LA.
CUCU TUNGGAL PEREMPUAN... :D
YANG NI GAMBAR RAYA TAHUN 2010. HEHEHE...
ATOTOTO TU FAMILY SEBELAH MAA YE...
DARI KIRI : MAA, NENEK, ATUK, ABANG AKU YANG NO-3

YANG NI PULAK ADIK BONGSU MAA. PAK CIK AKU LA... YANG SEBELAH DIA YANG CUN MELECUN TU WIFE DIA...
AMACAM?
ADA NGAM TAK?
HEHEHHE...
YANG KAT BAWAH NI ANAK-ANAK DIA...
DIA ORANG LA YANG HIBUKAN HATI AKU KALA AKU BOSAN.
STILL KECIK-KECIK.
YANG SULUNG NAK MASUK DARJAH 3 TAHUN 2012.
SECOND 2 TAHUN AND THIRD SETAHUN....
THEN, NI ADIK MAA AKU. YANG SECOND. AKU PANGGIL DIA 'TEH'...
DAN TIDAK KETINGGALAN SEPUPU AKU YANG PALING CLOSE DENGAN AKU YANG AKU PANGGIL 'NGOH'. DIA TUA SETAHUN DARI AKU...
MEANS DIA SPM TAHUN NI.
TIDAK KETINGGALAN JUGA BFF AKU DUNIA AKHIRAT
DARI KIRI ; FATIN,NURLEEN,AKU,NISSA
KAMI BERKAWAN SEJAK SEKOLAH RENDAH LAGI HINGGA KINI.
HUBUNGAN KAMI TIDAK PERNAH TERPUTUS WALAUPUN KAMI BERJAUHAN...
TALIFON MENDEKATKAN JARAK KAMI... HEHEHE
YANG NI BFF AKU DI SEKOLAH MENENGAH HINGGA KINI...
KAMI JUGA TERPAKSA BERJAUHAN BILA NAIK FORM 4
MASING-MASING DAH DAPAT MRSM....
AKU PUN DAH PINDAH...
TAPI PERSAHABATAN KAMI STILL UTUH HINGGA KINI...
BARU SEMALAM BERGAYUT DENGAN FATIMAH...
BARU TENGAH HARI TADI BERGAYUT DENGAN OSHIN A.K.A NADIA...
DARI KIRI : OSHIN,AKU,TIMOH
AND THE LAST ARE....

MY FRIENDS... IANYA MELIPUTI SEMUA...
AKU SAYANG KORANG... SAYANG SANGAT-SANGAT...

MESTI KORANG PELIKKAN KENAPA TAK ADA BOYFRIEND KE...
BUAH HATI KE...
APE-APE JE LAH BERKENAAN CINTA...
KORANG NAK TAHU KENAPA?
HATI AKU SUDAH TERTUTUP RAPAT UNTUK SEMUA TU!!!
DAH TAK ADA!
AKU DAH TUTUP RAPAT-RAPAT!
SESIAPA YANG TEROR CUBA LA BUKAKAN BALIK...
HATI AKU TU PANAS...
SUSAH NAK SEJUKKAN...
SEKALI AKU KENA MAIN, SAMPAI MATI AKU SERIK...
PENGALAMAN MENGAJAR AKU SEMUA TU...
SO,KORANG KALAU NAK BERCINTA TU FIKIR LA BANYAK KALI YE...
KORANG TAK TAHU EFFECT BERCINTA...
KALAU KORANG SAYANG MASA DEPAN KORANG, PLEASE LA...
KALAU NAK BERCINTA PUN, AGAK-AGAK LA...
JANGAN LA BAGI "BALAK" KORANG SENTUH BARANG KORANG...
KORANG TAK KESIAN KE KAT BAKAL SUAMI KORANG NANTI?
DAPAT BINI YANG ORANG DAH SENTUH.
TAK NAKKAN?
SO, JAGA LA KEHORMATAN ANDA.
ONE MORE THING, KALAU NAK BERCINTA, TAK PAYAH LA NAK BERLAGAK DEPAN ORANG RAMAII...
SEBAB BELUM TENTU DIA TU JODOH KORANG...
DAH SENTUH SANA SENTUH SINI TAPI KENA TINGGAL...
KORANG TAK MALU KE?
AKU JUST NAK NASIHAT JE...
KORANG NAK DENGAR KE TAK SUKU KIRA LA...
SEBAB DULU AKU BERCINTA PUN TAK PERNAH BERDATING DAN TAK PERNAH SENTUH-SENTUH....

SO,,,,,THANKS YE YANG SUDI MEMBACA.
JANGAN TERGURIS...
SEMUANYA HANYA NASIHAT.
WASALAM...

















it was my fate...

assalamualaikum...
kita sebagai orang islam kena la bagi salamkan?
aku rasa sebelum ni aku kurang ajar la..
tulis blog tak bagi salam pun...
so starting now, ASSALAMUALAIKUM yang aku cakap first 


it is my fate...
i accept it with open heart...

maybe ni dah takdir hidup aku...
aku terpaksa terima...
yang kawan-kawan aku hanya bersama time aku senang aje...
time aku susah,mereka cabut lari...
aku redha...
aku tulis semua ini aku tujukan kepada semua yang membaca...
aku tak ada niat nak sakitkan hati sapa...
just hanya nak luahkan FEEL aku...
sebab selain DIARY aku, hanya BLOG ni yang sudi mendengar...
dan masih membenarkan aku untuk teruskan menulis di atasnya...
ianya bagai mengerti perasaan aku...
terlalu mengerti...

korang tahu apa makna SACRIFICE?

kenapa aku yang asyik kena berkorban???
orang lain tak perasan pun akan pengorbanan aku...
ada satu hari kawan aku cakap kat aku:
"Shah, kau ni kenapa? sedih aje aku tengok... apasal?" tanya kawa aku... aku yang mengelamun tersentap.
"hah? sedih? tak pun..." jawab aku.
"Shah, kau tak payah la nak sembunyikan dari aku. kita kawan dah bertahun. tak payah kau nak tipu aku. masalah kau still belum settle ek?"
"a'a... entah la... malas aku nak fikirkan..."
"kau ni memang la... Shah, kau kena ingat. kau ni kenapa suka sangat jaga hati orang? habes? hati kau sapa nak jaga? dah la kat rumah tu jaga hati parents lagi. kawan2 lagi. then suka sangat berkorban untuk orang yang belum tentu akan berkorban untuk kau..."
"aku suka jaga hati orang ke? tak ada pun. tu yang aku sakat Saffa, kawan aku SMKZ1 hingga dia terasa hati tu. mana ada aku jaga perasaan orang..."
"owh... tak ada? yang kau ikut semua kata-kata MEK BUNGA dulu kira tak ada la? yang kau salahkan diri kau nak selamatkan MEK BUNGA tu kira tak ada la sacrifice kau? yang kau sanggup terluka semata-mata nak lihat kawan kau happy dengan BALAK kau dulu kira tak ada la? hinggakan kau menangis semua tu. Aishah... Aishah... dengan aku kau tak payah la nak kelentong siot..."
"habes? kau nak aku buat apa? nak pergi melutut? dah tak ada guna semua tu! kau boleh la kata sebab yang merasa semua tu aku! aku kau tahu tak?... pasal BALAK tu, aku dah tak kisah. aku okey asal kawan aku bahagia walaupun ia TERlalu menyakitkan hati aku...
kau nak tahu kenapa? sebab aku sayangkan kawan-kawan aku...
JAHAT SETERUK MANA PUN, DIA TETAP KAWAN AKU DAN AKU SAYANGKAN KAWAN AKU..." air mata aku mula mengalir...
"Aishah! kau ni kenapa lembut sangat hati hah? Ya Allah... perangai tu garang habes! tapi hati? Ya Allah Shah... kau kena ingat, kalau bukan kau nak jaga hati kau, siapa lagi? Shah, aku sayangkan kau. kau kawan aku. walaupun mulut kau tu macam murai, suka membebel,suka mengamuk,suka MAMPUSkan orang, kau still kawan aku. Aku minta maaf sebab kata-kata aku tadi..."

perlu ke? aku bukan nak cakap ni aku baik ke ape...
tapi jujur aku cakap, aku selalu kena berkorban...
banyak aku korbankan masa aku dengan kawan-kawan...
jaga hati kawan...
hinggakan sampai satu tahap cikgu yang tegur aku...
aku pun tak perasan yang aku dah terlampau jaga persahabatan aku...
hinggakan apa yang kawan aku suruh, aku buat je...
aku tak tujukan pada siapa-siapa...
tapi ada salah sorang kawan aku cakap, "Aishah dah jadi macam BALACI minah sengal tu..."




Thanks!!