http://www.glitter-graphics.com/graphics/315269

Friday 13 December 2013

dah pukul 5 pagi,tapi masih segar


mata ni kenapa la...
dah puas aku pejam...
masih tak mengantuk...
lepas  tu mula la nak mengantuk esok...
kain baju tu yang kotor penuh mesin basuh...
aduyai...

tapikan...
a few minutes ago...
terbuka wall friend kat FB...
kawan sekolah rendah...
dia dah kahwin...dah ada anak sorang...
so far,seriously memang terkejut...
tak sangka...
ada kawan-kawan yang dah kahwin...
siap jadi mak ayah orang lagi...
hurrmmmm...
biar la dia...
asalkan dia hidup bahagia...

tapi terdetik jugak di hati...
nak jugak kahwin muda...
tapi bila fikir balik, memang sah2 aku yang gila...
kahwin apakebenda???
kerja pun tak ada...
duit pun tak ada...
nantikan, bila kahwin esok2...
free je kena cerai...
dah la tak ada sumber pendapatan...
hahahha...

Aishah... Aishah... 
dah mula dah melalut...
Hahaha... oh mata... tolong la pejam cepat2...
besok aku banyak lagi kerja kena buat....

tadi,masa tengok movie Star Wars kat TV2 tu...
baca la buku BIO untuk sem2 sekali dengan nota kecik...
senang la pulak...
cuma aku je yang malas...

sejak cuti ni,
kuat sungguh aku layan hindustan...
habis lagu hindustan aku download.
penyakit sebabak sebabak dah datang...
ahahaha...
tapi tolong la jangan datang penyakit korea...
penyakit lain tak apa...

tu satu hal.
ni yang hal lain pulak...
hahahah...
Aishah oh Aishah...
banyak masalah betul la kau sorang ni....
hal ni semua budak sekolah alami.
nak tahu apa?
time cuti,aku cakap bila la nak sekolah.
bosan sangat dah duduk rumah...
bila sekolah,bila la nak cuti...
hahahahah.

lagi satu... ada goodnews sebenarnya...
akhirnya,Allah makbulkan doa aku...
akhirnya, Zakiri a.k.a bestfriend aku dah clash dengan kawan aku tu...
Zakiri pergi China belajar, tapi tak jumpa2 lagi pengganti...
tapi budak perempuan tu, siap dah  upload gambar dalam insta...
siap dah ada pengganti...
Masyaallah...
cepatnya hati dia berubah...
kesian Zakiri...
tapi tak apa. aku tahu,Allah akan bagi yang terbaik untuk mu wahai sahabatku.
demi tuhan yang menciptakan langit dan bumi,
aku amat bersyukur mu dah tak ada apa-apa dengan perempuan tu...
even dia pun kawan aku semasa sekolah rendah,
tapi aku lebih memilih mu wahai sahabat...
kerana, aku tahu siapa dia yang sebenarnya...
semoga,orang di bumi Beijing berada sihat walafiat.
insyaallah,Allah akan jumpakan kamu dengan yang terbaik...
aku di bumi Malaysia hanya mampu kirimkan doa wahai sahabat...

!!!

Monday 9 December 2013

Semangat Hidup Kembali


lama sungguh tak update blog...
jari-jari pun dah makin liat nak menekan keyboard...
sorry la wahai readers...
sejak umur semakin meningkat, semakin hari semakin sibuk...
bila masuk form6, letih sangat...
even semua pelajar u cakap naik form 6,cikgu masih suap.
tapi hakikatnya,tak...
bila nak exam, kena prepare macam SPM.
dengan Chemistry... Biology... Maths (T) yang susah boleh buat aku gila... General Paper...
Allah.. betul la...
nak jadi orang,bukan senang.
semuanya kena usaha. itupun, even kita usaha,tak semestinya Allah akan bagi sekali gus.
contoh... even dapat result yang tak berapa flying colours SPM hari tu, at least dapat offer u.
sekarang semua kena catch up balik...

sebenarnya,malam ni nak cakap yang Aishah nak delete semua post sebelum ni.
especially post about love. falling in love apa semua ni...
sebab bila fikir...
semua ni adalah benda nonsense!!!
baru sekarang,terfikir...
benda ni banyak buang masa...
dan petang tadi ada junior call.
junior sekolah lama... tahun ni dia form 4 and 2014,she will be a fiver.
dia nangis...
dan bila tanya dia, kenapa nangis?
dia jawab i failed in PMR. saya tak dapat straight macam Kak Aishah dapat dulu...
and aku jawab, awak tak failed.
awak masih di aliran pure science.
awak kurang 2A je dari akak.
i got 9 and you got 7.
PMR is nothing sayang. SPM is everything...
and akak failed di SPM. hancur berkecai semua. dan masa tu jugak aku nangis...
sama2 nangis.
teringat peristiwa SPM last year. menyesal? dah tak ada guna.
dulu bermegah2 dapat straight A PMR tapi SPM bukan semudah itu...
malu... kesal...
dan soalan yang paling membuka pintu hati aku.
Kak Aishah, andai la kak di beri peluang untuk kembali ke zaman persekolahan i mean mulai form 1 until form 5, what will you do?
masa nak jawab soalan tu... aku sendiri mencari jawapan yang ikhlas dari hati.
segala penyesalan yang telah aku buat dulu, dah tak boleh undur balik....
apa yang Kak Aishah akan lakukan...
firstly,belajar bersungguh-sungguh... sebab,masa tu je kita ada space untuk belajar dengan pakaian seragam.
dan belajar untuk masa depan.
sebab even kak naik form 6,even pakai baju sekolah...
seragam sekolah,
ia tetap tak sama...
even orang cakap SPM bukan ending, bagi Kak ia adalah ending...
sebab, Zakiri, bestfriend kak, dah fly Beijing dapat offer KPM.
he's got straight A's.
seriously,kak memang jelouse dengan dia.
tu belum lagi Enon, classmates kak yang fly Egypt buat Medic di Al-Azhar.
Amy Asemari kat Egypt jugak. buat dentist di Assiut...
Ex-Head Girl ZS pulak nak fly pergi UK. dapat offer MARA.
Ma'ai dapat AAJ.
seriously,belajar la bersungguh2.
second, hormat cikgu. sebab dia segala sumber ilmu. even dia benci kita ke hapa ke, dia masih berikan kita ilmu. hormat cikgu sebab kak pernah bergaduh dengan cikgu. seriously tak nak ingat dah kisah tu.
third,jangan couple. mungkin awak tahu yang kak pernah couple. tolong la jangan couple sebab itulah punca segala masalah student malaysia sekarang. i just told the truth. kak buang duit macam tu buat beli topup. main i miss you la. i love you la. . .
semua tu, nonsense.
bila kak sedar yang semua tu buang masa, baru kak sedar yang kak sendiri gelapkan masa depan kak. bukan orang lain.
kak tahu, umur yang macam sekarang hormon sedang naik. nafsu untuk bercinta tu membuak2.
bagi kak,cukup la sekali bercinta dengan puppy love yang entah kemana2.
bercinta di zaman persekolahan tak menjanjikan apa2.
ia menjanjikan pengjahanam masa depan kita...
tak ke mana pun kita if kita bercinta. jadi famouse sebab ada orang tergila2kan kita?
silap hari bulan,boleh jadi fitnah... tiada kebaikan pun...
lastly,enjoy :)
cipta memori. sebab di zaman persekolahan la paling banyak kita ciptakan memori. i just told the truth. here, kak jumpa orang yang boleh buat kawan. when i cried,she cried too...
dia adalah,Nurleen dan Nadia.
sebab, sekarang i missed my senior year.
rindukan semua kawan2...
rindukan Oshin... Rindukan Zakiri...
rindukan Amer...
 rindukan batch 95 3KA1. 3KA1 the legend...
tuhan saja yang tahu...

lepas tu, mengalir terus air mata... rindukan zaman sekolah... 
cinta,hanya buat manusia hanyut... 
cinta kepada Allah cinta yang abadi.
cinta yang sentiasa terbalas.
cinta sentiasa ada...
cinta yang selalu mengalirkan air mata di atas tikar sejadah.

itu je yang mampu aku cakap... sejam lebih bercakap dengan fon,everything was clear.
bila umur dah nak masuk 19,aku dah boleh berfikir dengan baik.
dah boleh berfikir dengan mata...
dengan adanya dugaan dari Allah,semua tu mematangkan pemikiran aku.
alhamdulillah...

keputusan IV untuk nurse tu dah dapat.
seriously,alhamdulillah aku tak lulus.
mungkin semua cakap aku gila sebab happy tak lulus.
mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.
mana kita tahu,cita-cita aku yang sebelum ni dah menjadi bubur mungkin jadi nasi balik.
rancangan Allah,kita tak tahu.

30 November, KAMI semua penduduk lower six SIC mengadakan BBQ.
so, ni lah hasil gambarnya.
maaflah kalau tak jelas gambar.










konvoi beramai2... ada lagi kereta tak nampak di belakang





























thanks to all.
thanks sebab create a wonderful memory.
thanks to Ayu,Afiq dan Along sebab tolong Aishah dalam menjayakan semua ni.
thanks to Bob,sebab dengar semua masalah aku.
thanks to Suma sebab menjadi tiang semangat saya.
again and again, thanks to Afiq, Ashraf,Along dan Bob sebab jadi crying shoulder aku.
kenangan ni,akan tersemat di hati walaupun jasad dan jiwa di pisahkan.

Ya Allah, Ya Rabbul Izzati, Ya Rabbul Badi'...
aku memohon kepada Mu Ya Allah...
kau ikatkan persahabatan kami ini sampai ke Jannah.
ikatkan ikatan ini sampai terpisah jasad dan nyawa.
jangan lunturkan sedikit pun di hati kami untuk melupai antara satu sama lain...
hapuskan rasa dendam yang tersemat di hati...
walaupun ada yang terguris dalam persahabatan ini, aku memohon dengan penuh belas kasihan Mu Ya Allah,hapuskanlah walaupun hanya sekelumit yang masih bersisa di hati ini.
kerana mereka telah menceriakan hari-hari aku Ya Allah..


Thanks!!