http://www.glitter-graphics.com/graphics/315269

Wednesday 30 November 2011

ehemmm ehemmmm


cute kan gambar kat atas??? macam aku gi tu... hehehe...
actually, yang bab tu tajuk novel yang aku create... aku ni boleh di katakan penulis novel jugak la...
itu first time aku past kat blog ni hasil karya-karya aku...
dah banyak aku hantar kat Alaf 21. aku tak letak nama aku...
aku hanya letak nama pena aku. orang tak akan mengenali aku...
jadi lebih baik aku tak cakap apa nama pena aku kat sini... kot-kot korang pergi cari kat Tokoh Buku... mati aku...
story yang ada kat blog aku tu tak ada mengena dengan sesiapa. sekali lagi di tegaskan tak ada mengena dengan sesiapa.
nama-nama semua itu aku ambil orang yang terdekat dengan aku je especially best friend aku... 
nama aku pun turut ada sekali...
banyak-banyak novel yang aku create, novel ini hasil idea aku dengan kawan-kawan...
kami himpunkan semua peristiwa lama yang berlaku kat sekolah...
jadi kami rewrite balik...
nama-nama semua tu hanya pinjaman semata-mata...
okey? do you get it?
kalau story tu memang story yang betul...
cuma nama je kami tukar. tukar pun tak banyak...
hope-hope korang tolong la faham ye???
aku sebenarnya takut jugak... 
aku paste semua tu kat blog ni takut sepupu aku terbaca...
nantikan dia silap faham yang aku ni tergila-gilakan dia...
buat cousin aku, ::: nama anda hanya saya pinjam. hanya sekadar pinjaman.
::: mohon pengertian.
dah nama dia best sikit,aku pinjam la...nama mak ayah adik-adik dia pun aku pinjam...
 tapi, tak cuak pun kan???
so,sesiapa yang kenal cousin aku please jangan cakap pasal blog ni kat dia...
aku tak nak keadaan semakin keruh...

BY THE WAY 
huk-huk-hukk... korang nak tahu siapa yang tolong aku hantar sent semua tu kat publisher? 
CHE SUE aku beb... kat bawah ni gambar dia... aku sayangkan dia a lot..


dia cutekan? cantik lagi... banyak-banyak mak saudara, dia yang paling aku sayang. walaupun mak saudara ipar, aku dah anggap dia macam mak saudara kandung aku...
aku sayang dia... tanpa dia, aku tak mungkin berdiri di depan blog ni..
tanpa nasihat dia, aku tak akan bangkit dari kekalahan cinta aku. 
tanpa dia juga, aku tak boleh hidup.
aku amat memerlukan dia dalam hidup aku...

 LOVE YOU SO MUCH <3 <3 <3

aduhh... sakit banget kepala gua hari ini....

aduh...sakit bangat kepala aku hari ni... entah kenapa-kenapa pusing...
eh??? sejak bila kau ni Aishah oi ngomong Indon?
buang tabiat nak mampuih ke apa hang ni???
ke kena sampuk kat Hantu Kak Limah???
ke terkena virus Zomba Kampung Pisang???
heish.... Zomba... zomba...
zombi la Che Soh ooooiiiii....

entah kenapa sakit sangat kepala aku hari ni. niat aku nak puasa nazar dah terbatal coz sakit sangat-sangat...
yang mula-mula sakit tadi pukul 7.30 pagi. aku tak dapat tidur...
masa tu jugak la rambut aku banyak yang gugur...
sakit dowh...sakit sangat2...
sakit dari aku accident motor...
nangis... abang aku cakap
"adik aku nangis sebab sakit kepala? manja dowhhh"
memang dah aku sakit sangat-sangat...
panadol actifast aku telan 2 biji
then ubat tahan sakit 1 biji....
sakit beb...orang tak kena, tahu rasa bagaimana....
yang penting aku sakit. sakit tahap nak mati!!!

doakan aku agar cepat sembuh ya??

Tuesday 29 November 2011

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]
Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 
Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]

ni aku nak bagi TAKZIRAH siket... tolong ambil perhatian kepada yang bercinta!

ni aku nak bagi takzirah sikit. actually aku tuju kat seseorang... hehehe... lantak ah... ada aku kesah? tak ade kan??? so yang tengah hangat bercinta tu, please la jangan lupa agama... kalau korang bercinta sama dalam cerita 

AYAT-AYAT CINTA @ KETIKA CINTA BERTASBIH 

tu tak boleh ke? tak payah pegang sana pegang sini. tak payah nak date depan orang ramai nak tunjuk korang ni ada BF @ GF. tak ada guna okey? korang tak takut ke esok2 bala yang bakal menimpa korang? tak takut? aku takut beb...aku ni dah sakit sangat mata melihat budak-budak zaman LANI berperangai... macam-macam... bukan main lagi ISLAM. karang korang baca apa yang aku tulis kat bawah ni... siap hadis lagi aku tanya MAK SUE AKU...

<<BILA DOSA JADI BIASA>>


****Kini..
terlalu ramai orang yang buat dosa tetapi dianggap biasa
‘weyh kau tengok couple tu, sweetnya…’ 
---->yang ni aku jawab "KEPALA HOTAK KAU SWEET!!!"
‘cantik tak aku pakai heels ni?nampak seksi tak?’

----->yang ni aku jawab "NAMPAK MACAM ORANG NAK MAMPUS!!!"
‘aku nanti nak keluar dengan mamat tu la, boring la, nak pergi tengok wayang’

----> yang ni aku jawab "rumah kau tak ada Al-Quran ke?"
‘seronoknya cerita korea ni, cinta sejati betullah mereka ni’

-----> yang ni aku jawab "mana sejati cinta dia orang dengan cinta kepada Allah?"
‘bestnya lagu gwen steffani ni, lagu justin bieber ni pun best’

-----> yang ni aku jawab "mana best lagi dengan zikir2 Allah?"
TERDIAM SEMUA MAKHLUK2 YANG BODOH TANYA AKU SOALAN MACAM TU... hei korang. aku pun bercinta jugak. tapi tak ada la sampai tahap tu...ingat, kita ni orang Islam... jaga sikit maruah agama tu...
biol punya orang. kalau dia tu adik aku, dah lama aku tampar sampai mampus!
Melihat aurat walau sesama perempuan dianggap biasa..
Melihat adegan romantik di kaca tv tiada rasa malu dan bersalah malah menikmatinya..
Bergurau senda dengan yang berlainan jantina seoalah DIA tiada adalah perkara biasa..
Tidak menutup aurat dengan sempurna tiada apa yang salah..
Terpesona,lalai dan leka, terlalu mengagungkan artis dianggap hebat dan bijaksana..
Mendengar lagu cinta, yang membuat diri terleka dan terbayang adalah biasa dan membuat diri di awang-awangan merasa bahagia..
Bercinta dengan pasangan yang bukan halal dianggap cinta sejati dan bahagia..
***Kini dosa dianggap biasa..
Malah keluar istilah
‘semua orang buat, tak ada yang salah pun’
Tidak pelik di mata manusia tetapi pelik di mata makhluk lain ciptaanNya.
Tidak terbit rasa bersalah dan malu kepada Pencipta.
Tidak terbit rasa menyesal dan serba tak kena pabila tidak melaksana perintahNya
Kini manusia lebih mengagungkan laranganNya
Bangga pabila telah melaksanakannya
Kehilangan dara tidak salah
Membuka aurat tidak salah
Pergaulan bebas tidak salah
semuanya biasa…
****Tapi, jangan sesekali kita lupa..
Nanti di sana jangan terkejut dengan murkaNya yang luar biasa..
Tiada lagi peluang kedua..
Yang tinggal hanya Neraka..
Seakan kini manusia telah mempersiapkan diri untuk menempah nerakaNya
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Surah al-Israa : 36)
Kerana apa?
KERANA DOSA SUDAH MENJADI BIASA..
Mari sama-sama kita muhasabah diri..
Bila dosa jadi biasa, hilang rasa gerun pada Yang Maha Esa.. Bila dosa jadi biasa, hilang rasa malu dalam jiwa.. Bila dosa jadi biasa, calit hitam sudah tidak dapat dikesan  di dalam hati yang bersarang noda.. Bila dosa jadi biasa, maksiat makin melata tak kira tempat dan masa.. Bila dosa jadi biasa, semua yang haram dipandang indah di mata manusia..
Wahai hamba Ilahi
Dirimu bukan hamba kepada nafsu diri
Dirimu adalah hamba kepada Penciptamu di muka bumi
Mengapa dengan mudah dirimu bertuhankan nafsu dan syaitan?
Tidakkah dirimu merasa malu membiarkan mereka mentadbir dan merosakkanmu?
Seakan rela menjadi tunggangan dan pak turut kepada tuhanmu yang baru.
Lupakah akan asal usulmu dari setitis air mani kepada dirimu kini?
Lupakah akan taraf dirimu??
Kita hanyalah hamba. Tapi bukan hamba kepada nafsu dan syaitan. Hanya hamba kepada Allah Yang Maha Esa.. Bukankah tugas seorang hamba itu hanya akan mengikut segala perintah tuannya? Maka kita mesti menurut segala perintah Allah dan menghindarkan diri daripada segala larangan-Nya..
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Surah al-An’am : 32)
- Peringatan buat diri sendiri yang sering lupa, lalai, leka dan alpa dengan tipuan duniawi -

ni aku nak bagi TAKZIRAH siket... tolong ambil perhatian kepada yang bercinta!

ni aku nak bagi takzirah sikit. actually aku tuju kat seseorang... hehehe... lantak ah... ada aku kesah? tak ade kan??? so yang tengah hangat bercinta tu, please la jangan lupa agama... kalau korang bercinta sama dalam cerita 

AYAT-AYAT CINTA @ KETIKA CINTA BERTASBIH 

tu tak boleh ke? aku ni dah sakit sangat mata melihat budak-budak zaman LANI berperangai... macam-macam... bukan main lagi ISLAM. karang korang baca apa yang aku tulis kat bawah ni... siap hadis lagi aku tanya MAK SUE AKU...

BILA DOSA JADI BIASA


Kini..
terlalu ramai orang yang buat dosa tetapi dianggap biasa
‘weyh kau tengok couple tu, sweetnya…’
‘cantik tak aku pakai heels ni?nampak seksi tak?’
‘aku nanti nak keluar dengan mamat tu la, boring la, nak pergi tengok wayang’
‘seronoknya cerita korea ni, cinta sejati betullah mereka ni’
‘bestnya lagu gwen steffani ni, lagu justin bieber ni pun best’
Melihat aurat walau sesama perempuan dianggap biasa..
Melihat adegan romantik di kaca tv tiada rasa malu dan bersalah malah menikmatinya..
Bergurau senda dengan yang berlainan jantina seoalah DIA tiada adalah perkara biasa..
Tidak menutup aurat dengan sempurna tiada apa yang salah..
Terpesona,lalai dan leka, terlalu mengagungkan artis dianggap hebat dan bijaksana..
Mendengar lagu cinta, yang membuat diri terleka dan terbayang adalah biasa dan membuat diri di awang-awangan merasa bahagia..
Bercinta dengan pasangan yang bukan halal dianggap cinta sejati dan bahagia..
Kini dosa dianggap biasa..
Malah keluar istilah
‘semua orang buat, tak ada yang salah pun’
Tidak pelik di mata manusia tetapi pelik di mata makhluk lain ciptaanNya.
Tidak terbit rasa bersalah dan malu kepada Pencipta.
Tidak terbit rasa menyesal dan serba tak kena pabila tidak melaksana perintahNya
Kini manusia lebih mengagungkan laranganNya
Bangga pabila telah melaksanakannya
Kehilangan dara tidak salah
Membuka aurat tidak salah
Pergaulan bebas tidak salah
semuanya biasa…
Tapi, jangan sesekali kita lupa..
Nanti di sana jangan terkejut dengan murkaNya yang luar biasa..
Tiada lagi peluang kedua..
Yang tinggal hanya Neraka..
Seakan kini manusia telah mempersiapkan diri untuk menempah nerakaNya
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Surah al-Israa : 36)
Kerana apa?
KERANA DOSA SUDAH MENJADI BIASA..
Mari sama-sama kita muhasabah diri..
Bila dosa jadi biasa, hilang rasa gerun pada Yang Maha Esa.. Bila dosa jadi biasa, hilang rasa malu dalam jiwa.. Bila dosa jadi biasa, calit hitam sudah tidak dapat dikesan  di dalam hati yang bersarang noda.. Bila dosa jadi biasa, maksiat makin melata tak kira tempat dan masa.. Bila dosa jadi biasa, semua yang haram dipandang indah di mata manusia..
Wahai hamba Ilahi
Dirimu bukan hamba kepada nafsu diri
Dirimu adalah hamba kepada Penciptamu di muka bumi
Mengapa dengan mudah dirimu bertuhankan nafsu dan syaitan?
Tidakkah dirimu merasa malu membiarkan mereka mentadbir dan merosakkanmu?
Seakan rela menjadi tunggangan dan pak turut kepada tuhanmu yang baru.
Lupakah akan asal usulmu dari setitis air mani kepada dirimu kini?
Lupakah akan taraf dirimu??
Kita hanyalah hamba. Tapi bukan hamba kepada nafsu dan syaitan. Hanya hamba kepada Allah Yang Maha Esa.. Bukankah tugas seorang hamba itu hanya akan mengikut segala perintah tuannya? Maka kita mesti menurut segala perintah Allah dan menghindarkan diri daripada segala larangan-Nya..
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Surah al-An’am : 32)
- Peringatan buat diri sendiri yang sering lupa, lalai, leka dan alpa dengan tipuan duniawi -

this is my favourite novel

korang tahu tak, aku ni KAKI NOVEL...suka sangat baca novel. nak tahu pengaruh siapa?
pengaruh OSHIN...besar sungguh pengaruh kau ye SHIN?
itu sorang... yang satu lagi ni kat sekolah baru aku... pengaruh dia lagi BESAR.
nak tahu sape?? BALQIS.
aku dulu dah berhenti jadi minah novel. tapi sejak jumpa dengan dia,hari-hari aku baca novel. tak pernah MISS...
ni aku tak tahu la...bila nak berhenti. next year dah nak SPM. novel masih di tangan.
aku nak describe la sikit sal novel ni.
novel ni the BEST novel yang pernah aku baca dalam hidup aku...

korang tahu tak? aku boleh bayangkan betapa HANDSOME MEMBUNUHNYA BENZ ALIFF dengen KUCAI...
memang MACHO beb...tapikan, kawan aku Saffa tak suka Benz sebab Benz smoking...
tapi handsome ape? Benz lagi terer pada Kucai...
keseluruha, aku pilih Benz dengan Padi... novel ni mengajar aku erti kehedupan...
erti kehidupan yang sahabat adalah pelengkap segala-galanya...
macam ni la aku ibaratkan ADDIN tu aku. best friend dia pulak FISHA aku ibaratkan best friend aku NURLEEN, OSHIN
kalau laki tu aku ibaratkan KURT dengan BFF aku nama Zakiri...
macam ni la senang siket ek???
aku ni pun ada best friend jugak... nak kata ramai tu tak la sangat...tapi ni best friend aku dunia akhirat punya...
1. NURLEEN VANIEYSA
2.MOHD ZAKIRI
3.NADIA SYAHIRAH
4. SITI NUR FATIMAH.
5.MOHD HAILMEE

Monday 28 November 2011

haaa...ni kawan-kawan aku masa form 3.


haa,,, ni budak kelas aku last year...cantik-cantik n handsome-handsomekan??? hehehe..
yang berdiri paling belakang sebelah kiri:::(aku guna nickname la ni ye??jangan marah... :D)
Toyol(firdaus Zakaria),Lupey(izuan),Ayam(Azrin),Sepu(Saiful),Pok Jue(Afiq),Aime(Aiman),Robot(Amer),Chong(Firdaus Yani),Pisang(Farizwan),Serah(Asrah)

Girls yang berdiri depan boys sebelah kiri jugak;;; nickname jugak la ek???
Semat(Asmat),Mek Zu(Zuliha),Chah(Nuraisha), Nick(Nik Nurul Syamimi), Siwon(Fatin),KOtex(Syahirah), Cino(Azinah), Sabut(Syamimi Nabilah), P-Ja(Yasfiza)

yang duduk atas kerusi la noh... sebelah kiri jugak:::
Shoh(Aishah),Oshin(Nadia),Mek Na(Amanina),Puan Xingat(hehehe), Ustazah Sakinah(bunda tercinta), Bog Bob(Suhada), Mek Yu(Ras Idayu), BB(Norhabibi)

itu la nama budak kelas aku. dua orang yang tak ada dalam gambar iaitu Robik a.k.a Hailmee dan Lalat a.k.a Amalin...
before that, aku minta maaf dengan korang sebab tayang je nama.
aku just nak buat kenangan.
aku rindu kat korang tahap gaban. tak terluah rasanya.
especially Pisang...aku rindukan Jokes kau yang tak pernah kering gusi aku ketawa. hari-hari bergaduh dengan penolong ketua kelas aku, Big Bob...
sampaikan semua cikgu tahu. hari2.
kalau tak gaduh, memang tak sah!
mereka berdua ni macam anjing dengan kucing. jumpa je gaduh..
Si Pisang ni suka sangat usik Big Bob... jodoh kot?
ikut la... yang penting bahagia. kan3?

thanks sebab korang sudi jadi friends aku.
aku jugak rindukan Oshin dengan Amer.
Hari-hari gaduh. naik Form Four dapat pulak MRSM yang sama. MRSM Tumpat. cikgu cakap Oshin dan Amer ada jodoh. amin...
aku jugak rindukan suasana asrama....
BB, Zu,Nina, Chah,OShin, Semat yang satu dorm dengan aku. nikmat bersama kalian ada satu kenangan yang paling indah dalam hidup aku.
aku jugak rindukan Toyol dengan Pok Jue. yang selalu bertanding siapa paling lama tidur dalam kelas...mereka berdua always kena baling kapur oleh Teacher Ray... teacher kesayangan aku...
aku rindukan Siwon. ni nickname Siwon ni sebab minat sangat kat Choi Siwon band Super Junior tu. minat habes....

kalau aku nak story ni panjang sangat. nanti aku story next time pulak.
chau...

Thanks!!