http://www.glitter-graphics.com/graphics/315269

Thursday 24 May 2012

Dia telah pergi untuk selama-lamanya...



baru habis menangis...
kenapa Allah ambil cepat sangat dia?
semalam...
tepat pukul 10.30 malam Aishah dapat SMS dari Sue..
She told me that
"AUNI PASSED AWAY SHAH. a few minutes ago..."
betapa terkejutnya Aishah...
sedih dah tak terkata...
injap jantung dia rosak..


Allahyarhamah Auni.


Auni... Aishah rindu Auni...
kenapa Auni pergi...
Aishah tak dapat nak terima yang hakikat yang Auni dah tinggalkan Aishah...
kenapa Ya Allah kau ambil sahabat ku dengan macam ni?
kenapa dia?
Ya Allah...

Auni... Aishah doakan awak di tempatkan bersama orang-orang yang soleh...
rasa cepat sangat masa berlalu...
Auni...
kenapa Auni pendam yang Auni ada penyakit serius macam tu...
jantung berlubang tu...
dah bunuh awak...

serius Aishah memang tak boleh lupakan awak...
awak terlalu baik dengan Aishah...
Aishah rindu awak...
semalam...masa Aishah dapat SMS tu...
handfon Aishah jatuh berkecai atas lantai...
terkejut yang teramat sangat...

Auni...Aishah janji yang Aishah akan selalu jenguk umi dan abah awak...
awak kawan baik Aishah...
Aishah tak akan mampu lupakan awak...
saat-saat kita bahagia bersama...
Aishah tak akan lupa...
awak adalah kawan Aishah yang paling baik...
Auni...
kalau Aishah dapat undurkan masa, Aishah nak isikan masa bahagia Aishah dengan awak...
Aishah nak awak tengok  kejayaan Aishah...
Aishah janji yang akan tunaikan permintaan awak sebelum awak menutup mata buat selama-lamanya semalam dalam SMS...




Auni sayang...
damai la awak kat sana...
Aishah doakan awak bahagia di sana...
amin

kenangan Aishah dengan awak tak akan Aishah lupa sampai bila-bila...
sampai bila-bila...
sebab awak ialah GOOD FRIEND aishah...

Wednesday 23 May 2012

jangan bongkak bila anda di atas


exam mid year dah habis.. hui-hui... bahagia la sikit kot...
tapi nak tahu result tu berapa maybe derita la kot...
hahaha

okey, berbalik dengan tittle kat atas...
kenapa tittle tu macam tu?
maybe akan mengguris hati readers kot...
Aishah dapat idea tu bila kawan SMS semalam story pasal sekolah lama and apa yang sedang berlaku di sekolah baru Aishah...

Aishah perhatikan la di sekitar ni ramai sangat yang bongkak bila dia berada di atas...
nabi saw bersabda "takbur/sombong itu ialah menolak apa yang benar dan dan memandang hina pada orang lain." (HR Muslim)

seperti yang kita tahu Allah itu maha adil dan maha penyayang dan lagi maha melihat.
bila kita sebut pasal sombong, sombong ni banyak kategori.
jadi Aishah malas nak kategorikan.

okey, Aishah ambik satu contoh la. 
ni tak ada kena mengena dengan sesiapa pun.
but kalau ada yang terasa, sorry to say la.
maybe you've done this to your friends thats why you terasa tu...
hal ni selalu berlaku.
kat mana-mana sekolah..
sekolah Aishah...
sekolah lama Aishah...
whole world la boleh di katakan.

Allah cipta umat dia sama je.
cuma ada kelebihan dan ada kekurangan...
begitu jugak di sekolah.
ada yang terlalu pandai dan ada yang kurang pandai...
hal yang selalu berlaku ialah apabila rakan-rakan anda yang awalnya duduk di kelas PALING HUJUNG or AGAK HUJUNG dapat naik kelas...
fenomena ni selalu berlaku.
bila dah dapat naik kelas antara top la kira kelas no 1, 2 and 3...
dia dah lupa kat kawan yang kelas bawah ni...
bila jumpa, si kawan kelas bawah ni senyum kat dia, dia buat-buat tak nampak...
kalau dah senyum pun tak, tegur lagi la TAK...
 
nak tahu kenapa fenomena ni berlaku?
bila dia rasa dia kat kelas tinggi, semua orang labelkan dia budak pandai but the fact budak yang kelas bawah dari dia ni lebih pandai dari dia...
lepas tu, pada pemikiran dia, dia akan cakap
"low class la aku berkawan dengan dia... malu la aku bercakap dengan dia... dia budak kelas hujung la...jatuh la standard aku budak kelas top..."

Allah itu maha melihat...
dia tak tahu langsung yang kawan dia ni terasa hati sakan dengan dia.
ada satu cerita yang pernah berlaku di kelantan.
Aishah kenal budak tu.
dia budak boarding school...
masa form 4 dia duduk kelas paling bawah sebab PKBS1 dia, result hancus sebab main-main...
biasa la kan form 4...
honeymoon la sebab baru habis seksa PMR.
exam akhir tahun pulak dia dapat GOOD RESULT...
and dapat naik kelas nombor 1.
bila dah dapat naik, dia lupa kat kawan-kawan yang kelas bawah ni.
and exam SPM sebenar, dia dapat 1A.
sedangkan kawan-kawan dia yang kelas paling bawah tu semuanya dapat 7A above..
dia kelas antara TOP tapi dapat 1A.
bila dia fikir balik, dia tahu apa kesilapan dia.

dia terlalu sombong dan bongkak.
dia hanya jaga hubungan dia dengan ALLAH tapi dengan manusia langsung tak jaga...
kawan dia senyum kat dia, dia langsung tak senyum...
kalau jumpa berlanggar bahu pun tak tegur...
nasihat, mana-mana adik-adik ke, kawan-kawan yang sama umur dengan Aishah ke...kakak-kakak ke...
jangan sesekali anda bersikap riak, takbur, sombong  dan sebagainya bila anda di atas.
Allah boleh tarik semua kesenangan dalam sekelip mata sahaja.




Friday 18 May 2012

hari ni ... BOLA...



hmmmm...
ramai sungguh yang pergi tengok BOLA kat Stadium Putra Bukit Jalil...
apa yang menarik sangat yang pergi tu?
dalam TV pun boleh tengokkan???
sampaikan aku punya uncle tinggalkan anak bini semata-mata nak pergi tengok bola...
nasib baik la bini tu open minded...

tu yang satu...
yang lagi haru,,,
kawan aku punya boyfriend...
sanggup tinggal girlfriend yang amat memerlukan untuk hilangkan stress...
awek dia tu punya tension tak boleh jawab paper Addmath...
dia sempat lagi tinggal...
huish...

semalam aku pergi rumah atuk...
atuk cakap macam ni
" tempat orang main bola nak pergi, tapi aku ajak pergi dengar ceramah agama tak nak pergi... macam-macam alasan..."
haaa... betul tak apa yang atuk aku cakap???

manusia zaman sekarang lebih pentingkan  benda lain dari agama...
lepas tu, yang masih bersekolah...
Sekolah tak nak pergi, tengok orang main bola pergi la pulak...
apa faedah pun aku tak tahu..


agak-agak la nak pergi tengok bola pun...
sampai solat pun tak...
tak ke Allah murka...
baik abang-abang aku...
hehehe...
duduk rumah sebab MAA dan AYAH tak bagi pergi...
duduk rumah,bantu dia orang...
huuuu...
masalah betul la. orang zaman sekarang...

kalau bab-bab agama ni, langsung tak nak ambik tahu...
padahal dunia kita ni dah nak akhir zaman...
dah nak kiamat...
tapi masih lagi dengan benda-benda yang boleh melalaikan...
Ya Allah...


Wednesday 16 May 2012

Addamath!!! Chemistry!!!


gelombang merah ni...gelombang merah...
gelombang merah frust menungging!
Haaaaaaaa!!!!
Tahu tak chemistry hari ahad baru ni susah gila?
Tak pernah-pernah aku jawab soalan susah cenggitu…
Rasa nak hantuk je kepala kat meja. ^^
Dah la paper 2 tu susah tahap petala ke lapan…
Kalau 7 petala langit, 7 petala bumi  and 7 petala cinta tu boleh la jugak…
Ni…
Hailoh…
soalan pun luar alam sungguh...
entah apa kebenda chemistry dia tanya...
aku yang okey chemistry ni jadi tak beberapa okey tengok soalan...
rasa nak hantuk je kepala kat meja and already hantuk sebab tak dapat jawab!!!
And then, tadi addmath…
Lagi laberchenta…
Paper 1 tu boleh la nak okey lagi…
Masuk je paper 2… masalah apa dia la soalan tu???
Rasa nak konyok2 je soalan…
Kalau buat soalan senang sikit tak boleh ke?
Ni susah tahap dewa…

**boleh di katakana addmath dan chemistry susah gila exam ni…
Mimpi sajala aku nak a chemistry exam ni…
Score a, tapi rasa nak lulus pun SAKIT!!!
Arrgggghhhhh!!
 Yang lagi bagus, kawan-kawan yang lain siap tido masa addmath…
Dah tak boleh nak jawabkan?
So, teacher pun suruh tido la…
Tapi aku tak tido pun…
Gila ke hapa nak tido…
Tahu dek maa kat rumah kena makan KELEPEK free2…
Tak nak aku…
Aku conteng je kertas jawapan tadi dengan hentah apa ke benda…
Asalkan jawapan penuh…
Biar la SALAH…
Tapi kalau boleh tak nak la salah…
Tak cenggitu???
Haaa…
Esok last exam…
Sejarah…whoaaaaaaaaaa…
Tu lagi dahsat…
Cikgu cakap kalau tak dapat A tak mengaku student tu anak murid dia…
Memang pergh la…
Mangkuk sungguh…
Tapi insyaallah aku boleh buat sejarah…
Subjek favourite tu…

Addmath pun boleh di ketogorikan favourite jugak…
Kalau nak ikut list… hurmmm:
1)chemistry
2)physic
3)bio
4)addmath…
Hurrrmmmm…
Paling bawah tu…tak kira…
Bawah tak bawah…
Exam SPM wajib dapat A untuk mintak IB…
Gila aku tak dapat A…
A – pun jadi la…
Serious…
Kalau tak hancus harapan parents aku…
Actually, bukan susah pun…
Bila aku asyik buat latihan, tak ada la susah sangat…
So, nak score a addmath even aku rasa memang aku tak akan boleh a.
Tapi kalau usaha, nothing will be inpossible right?
Am I right?

So, nak teruskan usaha…
Jangan give up…
Aishah, CAYOKKKKKKKK…
You can do it!
Show kat orang lain yang kau tu tak bodoh dan tak pandai…
Allah bagi kau otak suruh berfikir…
Jangan give up!!!

To readers ::: doakan kejayaan Aishah…

i believe that one day the success will be mine..


Monday 7 May 2012

mid year exam.


hello baby2 sekalian...
sorry dowh lama tak update blog...
sibuk sangat...
dengan extra class pagi petang siang malam...
hujung minggu pun di penuhi dengan extra class addmath...
hailoh...
rasa dah nak terbalik dah otak ni...

exam pulak di percepatkan...
tengok...
tadi exam BM...
haiya...punya la berchenta dalam dewan jawab BM tadi...
soalan...
fuhhhh...
luar alam sungguh...
susah tahap dewa...
apa jenis soalan betul...

tu esok BI...
lagi berchenta...
serious...
esok jugak ayah masuk ward...
nak operation jantung dia tu...
hailoh...

abang cik pulak kalah main takraw...
lawan indon pulak tu...
malu kat orang...

kita tutup kisah abang dan ayah...
ni nak exam macam mana kalau ayah sakit???
minggu ni memang berchenta sungguh dengan buku...
SPM pun dah dekat...
hari-hari yang berlalu tu, Allah...
cepat sungguh...
ni dah bulan lima...
bulan enam...tujuh...
lapan...sembilan...
sepuluh...
dan sebelas...
bulan paling kejam...

ni mid year exam...
target nak tujuh a...
sampai ke tak target macam ni...

got to go...

to readers, please pray for my success...
amin...

kalau dah macam ni, tawakal saja la..




Thanks!!