http://www.glitter-graphics.com/graphics/315269

Tuesday 29 November 2011

ni aku nak bagi TAKZIRAH siket... tolong ambil perhatian kepada yang bercinta!

ni aku nak bagi takzirah sikit. actually aku tuju kat seseorang... hehehe... lantak ah... ada aku kesah? tak ade kan??? so yang tengah hangat bercinta tu, please la jangan lupa agama... kalau korang bercinta sama dalam cerita 

AYAT-AYAT CINTA @ KETIKA CINTA BERTASBIH 

tu tak boleh ke? tak payah pegang sana pegang sini. tak payah nak date depan orang ramai nak tunjuk korang ni ada BF @ GF. tak ada guna okey? korang tak takut ke esok2 bala yang bakal menimpa korang? tak takut? aku takut beb...aku ni dah sakit sangat mata melihat budak-budak zaman LANI berperangai... macam-macam... bukan main lagi ISLAM. karang korang baca apa yang aku tulis kat bawah ni... siap hadis lagi aku tanya MAK SUE AKU...

<<BILA DOSA JADI BIASA>>


****Kini..
terlalu ramai orang yang buat dosa tetapi dianggap biasa
‘weyh kau tengok couple tu, sweetnya…’ 
---->yang ni aku jawab "KEPALA HOTAK KAU SWEET!!!"
‘cantik tak aku pakai heels ni?nampak seksi tak?’

----->yang ni aku jawab "NAMPAK MACAM ORANG NAK MAMPUS!!!"
‘aku nanti nak keluar dengan mamat tu la, boring la, nak pergi tengok wayang’

----> yang ni aku jawab "rumah kau tak ada Al-Quran ke?"
‘seronoknya cerita korea ni, cinta sejati betullah mereka ni’

-----> yang ni aku jawab "mana sejati cinta dia orang dengan cinta kepada Allah?"
‘bestnya lagu gwen steffani ni, lagu justin bieber ni pun best’

-----> yang ni aku jawab "mana best lagi dengan zikir2 Allah?"
TERDIAM SEMUA MAKHLUK2 YANG BODOH TANYA AKU SOALAN MACAM TU... hei korang. aku pun bercinta jugak. tapi tak ada la sampai tahap tu...ingat, kita ni orang Islam... jaga sikit maruah agama tu...
biol punya orang. kalau dia tu adik aku, dah lama aku tampar sampai mampus!
Melihat aurat walau sesama perempuan dianggap biasa..
Melihat adegan romantik di kaca tv tiada rasa malu dan bersalah malah menikmatinya..
Bergurau senda dengan yang berlainan jantina seoalah DIA tiada adalah perkara biasa..
Tidak menutup aurat dengan sempurna tiada apa yang salah..
Terpesona,lalai dan leka, terlalu mengagungkan artis dianggap hebat dan bijaksana..
Mendengar lagu cinta, yang membuat diri terleka dan terbayang adalah biasa dan membuat diri di awang-awangan merasa bahagia..
Bercinta dengan pasangan yang bukan halal dianggap cinta sejati dan bahagia..
***Kini dosa dianggap biasa..
Malah keluar istilah
‘semua orang buat, tak ada yang salah pun’
Tidak pelik di mata manusia tetapi pelik di mata makhluk lain ciptaanNya.
Tidak terbit rasa bersalah dan malu kepada Pencipta.
Tidak terbit rasa menyesal dan serba tak kena pabila tidak melaksana perintahNya
Kini manusia lebih mengagungkan laranganNya
Bangga pabila telah melaksanakannya
Kehilangan dara tidak salah
Membuka aurat tidak salah
Pergaulan bebas tidak salah
semuanya biasa…
****Tapi, jangan sesekali kita lupa..
Nanti di sana jangan terkejut dengan murkaNya yang luar biasa..
Tiada lagi peluang kedua..
Yang tinggal hanya Neraka..
Seakan kini manusia telah mempersiapkan diri untuk menempah nerakaNya
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Surah al-Israa : 36)
Kerana apa?
KERANA DOSA SUDAH MENJADI BIASA..
Mari sama-sama kita muhasabah diri..
Bila dosa jadi biasa, hilang rasa gerun pada Yang Maha Esa.. Bila dosa jadi biasa, hilang rasa malu dalam jiwa.. Bila dosa jadi biasa, calit hitam sudah tidak dapat dikesan  di dalam hati yang bersarang noda.. Bila dosa jadi biasa, maksiat makin melata tak kira tempat dan masa.. Bila dosa jadi biasa, semua yang haram dipandang indah di mata manusia..
Wahai hamba Ilahi
Dirimu bukan hamba kepada nafsu diri
Dirimu adalah hamba kepada Penciptamu di muka bumi
Mengapa dengan mudah dirimu bertuhankan nafsu dan syaitan?
Tidakkah dirimu merasa malu membiarkan mereka mentadbir dan merosakkanmu?
Seakan rela menjadi tunggangan dan pak turut kepada tuhanmu yang baru.
Lupakah akan asal usulmu dari setitis air mani kepada dirimu kini?
Lupakah akan taraf dirimu??
Kita hanyalah hamba. Tapi bukan hamba kepada nafsu dan syaitan. Hanya hamba kepada Allah Yang Maha Esa.. Bukankah tugas seorang hamba itu hanya akan mengikut segala perintah tuannya? Maka kita mesti menurut segala perintah Allah dan menghindarkan diri daripada segala larangan-Nya..
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Surah al-An’am : 32)
- Peringatan buat diri sendiri yang sering lupa, lalai, leka dan alpa dengan tipuan duniawi -

No comments:

Post a Comment

Thanks!!