http://www.glitter-graphics.com/graphics/315269

Friday 27 January 2012

^_^

ASSALAMUALAIKUM.... :)


ngeee... entry Aishah ni apa ep? entry hari ni tak siap homework yang cikgu bagi walaupun seminggu dapat cuti. apa kes tak siap?
jawapan Aishah ialah MALAS. hehehe

seperti yang korang tahu, sekolah Aishah iaitu sekolah yang memang fomous jugak kat Kelantan ni iaitu SMK Zainab 1 (sekolah kluster tu...hehehe) cuti seminggu sempena Gong Xi Fa Cai.


Aishah pun cuti la. dah kata nama cutikan? so betul-betul cuti la ni.hikhikhik...
lusa dah sekolah.so mula la nak kalut nak buat homework.
bayangkan kalau report Physic chapter1 Aishah kena buat 5. 4 ke? entah... tak ingat.

1)Report Physic
         -reflection of water waves
         -refraction of water waves
         -diffraction of water waves
         -diffraction of light.
haaaaa....itu yang Physic. pening dah Aishah ni.







2)Report Chemistry
   *yang ni dah sudah. sebab senang je. lagipun Aishah minat chemistry.





3)Addmath
   - yang ni Aishah tak tahu nak kata apa. yang pasti memang Aishah tak sentuh langsung buku Addmath sepanjang cuti ni. Demi Allah Aishah memang tak suka Addmath. kalau boleh Aishah nak je drop tapi abang-abang tak bagi. Aishah letih belajar subjek ni. satu soalan Aishah jawab memerlukan berjam-jam untuk siapkan satu soalan. Aishah memang frust tertonggeng la. since form 4 lagi Aishah tak pernah lulus. main belas-belas je markah. Aishah tak tahu la kenapa otak Aishah memang tak dapat menerima subjek ni. tahun ni SPM, nak buat macam mana pun tak tahu. orang lain kata senang ADDMATH tapi susah BIO tapi Aishah senang BIO dari ADDMATH... memang membunuh betul la subjek ni.





4)Biology
  -jujur Aishah cakap AIshah tak suka melukis! Aishah kena buat biographic. Allah saja la yang tahu betapa malasnya Aishah nak melukis. AIshah rela buat essay dari melukis.

5)Sejarah
   - essay pulak berkajang-kajang. cikgu sejarah Aishah yang cantik tu pun dah pening dengan Aishah. padahal baru awal tahun. orang lain syok je lihat dia mengajar, Aishah ni pulak tidur. hehehe...Aishah mengantuk yang teramat sangat.

kalau nak diikutkan, sekarang ni pun dah semput. nyawa dah macam nak melayang. jalan pun macam dah tak cukup tanah. kejar masa. 
ni Aishah yang baik hati nak canang masa sekolah hari-hari started awal tahun 2012.

ahad hingga rabu hari-hari balik pukul 6 ataupun 6.30. dah jalan jammed time orang balik kerja.
malam pulak tuisyen.....
so? homework nak buat masa mana?
hari khamis balik pukul 2. relax sikit.
hari jumaat and sabtu sebelah pagi tuisyen dari pukul 8 hingga 1. Aishah pulak paham-paham la. pergi tuisyen dengan bas.
malas nak ganggu ayah. kesian dia dah tua nak hantar Aishah pergi tuisyen. so, kena tunggu bas la. its okey Aishah dah biasa. ke mana-mana saja dengan bas. kadang-kadang mutor.
Aishah kesian la kat ayah. dia dah tua nak hantar Aishah. nak suruh abang-abang pun, semua tak ada kat rumah. ada pun bukan boleh suruh tolong hantar. nanti dia cakap
"eh,nok ilmu kena usaha sendiri. zaman dulu ngoh gi mano-mano jale kaki jah. kalu dok pun nge bas. nok hidup senang depan hari adik keno tra belajar hidup susoh dulu. tak dok ore hidup sene dulu baru susoh. ada tu ada,tapi jarang..." haaa...itu kata abang no dua Aishah.
"bilo lagi nok try hidup berdikari. susoh-susoh dulu, sene-sene kemudian. cekak ayoh nok gi ata sokmo. dio kea tuo doh..." itu pulak kata maa.
betul la kata dia orang, kalau nak berjaya kena hidup susah dulu...
tapikan Aishah jelouse la jugak dengan kawan-kawan kat tuisyen sebab dia orang semuanya parents yang datang jemput balik tuisyen.
Aishah pulak kena jalan kaki sejauh 2 kilometer ke stesen bas nak balik ke rumah. dah la sorang-sorang pulak tu.
kadang-kadang Umi Yana yang tumpangkan Aishah. dia hantar ke stesen bas. lepas tu kalau hari jumaat, Aishah akan terlepas solat zohor. sebab bas datang lambat hari Jumaat.

ahhh...jauh betul Aishah... dah jauh lari dari topik...hehehe.

okey, berbalik kepada homework tadi.hurmmmmm...
agak-agak sempat siap tak semua homework tu dalam masa satu hari???
pagi esok Aishah tuisyen. letih wooooooooooooo.........
tak tertanggung rasanya.
baru awal tahun dah letih, agak-agaknya dekat nak SPM nanti macam mana?
mahu jadi biol Aishah. ngeh ngeh ngeh..

okey, Aishah nak sambung buat report. 
thanks for the reading.
kept in touch ^_^

arigato ozaimas!!!
*************************************************************************
=================================================================
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

No comments:

Post a Comment

Thanks!!